Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai baratSemenanjung Malaysia dan bersempadankan
- Selangor di utara;
- Pahang di timur;
- Johor di tenggara;
- Melaka di selatan; dan
- Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasukWilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
- Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
- Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
- Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.
ASAL SEJARAH
Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada penduduk asal iaitu, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka. Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil 'Penghulu' dan kemudiannya 'Undang'. Sebelum wujudnya institusi Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
Di Malaysia dan Singapura, beberapa orang Minang duduk sebagai pejabat negara. Antara lain Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Agung pertama Malaysia), Yusof Ishak(Presiden pertama Singapura), Rais Yatim, dan Amirsham Abdul Aziz. Disamping sebagai ahli politik, tokoh Minang lainnya seperti Zubir Said (komposer lagu kebangsaan Singapura Majulah Singapura), Sheikh Muszaphar Shukor (angkasawan pertama Malaysia), Tahir Jalaluddin Al-Azhari, dan Adnan bin Saidi, banyak memberikan sumbangan terhadap dua negara tersebut.
Kerajaan
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.
Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
KAWASAN MENARIK
Gunung
- Gunung Angsi, Kuala Pilah
- Gunung Dato, Rembau
- Gunung Tampin, Tampin
- Gunung Antu Besar, Kenaboi
[sunting]Hutan lipur
- Hutan Lipur Serting Ulu, Serting Ulu
- Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah
- Hutan Lipur De Bana, Lui Barat
- Hutan Lipur Jeram Tengkek, Tengkek
[sunting]Padang golf
- Gemas Golf Resort, Gemas
- Tuanku Jaafar Golf & Country Club, Seremban
- Nilai Springs Golf & Country Club, Nilai
- Staffield Country Resort, Mantin
[sunting]Muzium
- Muzium Adat, Lubok China
- Muzium Lukut, Lukut
- Muzium DiRaja, Seri Menanti
[sunting]Air terjun
[sunting]Pantai
- Pantai Teluk Kemang, Teluk Kemang
- Blue Lagoon, Teluk Kemang
- Pantai Port Dickson, Port Dickson
[sunting]Tempat menarik
- Teratak Za'ba, Batu Kikir
- Kampung Sungai Lonek, Batu Kikir
- Kampung Serting, Serting
- Perkampungan Orang Asli, Durian Tipus
- Kampung Seri Menanti, Seri Menanti
- Kampung K. Klawang, Kuala Kelawang
- Talang Dam, Tanjong Ipoh
- Makam Tuan Tulis, Kuala Talang, Tanjong Ipoh
- Taman Tasik Seremban, Seremban
- Kampung Pelegong, Seremban
- Masjid Tugu, Seremban
- Stesen Kereta Api Seremban, Seremban
- Rumah Api Tanjong Tuan, Teluk Kemang
- Kubu Lukut, Lukut
- Kolam Air Panas Pedas, Pedas
- Pedas Wet World, Pedas
- Istana Seri Menanti, Seri Menanti
- Kompleks Kraftangan Kebudayaan dan Muzium Negeri Sembilan, Seremban
- Muzium Tentera Darat, Port Dickson
- Pantai Port Dickson, Port Dickson atau Sirusa
Kenali Seremban
Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama seperti bandar-bandar besar lain diSemenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab,Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru. Kota Seremban memiliki kesamaan dengan kota Bukittinggi.
Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.
Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura. Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak berkaitan agama dan adat Melayu.
Captain Murray dilantik sebagai residen pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur. Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukit, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan. Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.
[sunting]
Cuaca
Iklim Seremban adalah seperti juga di kebanyakkan tempat di Malaysia Barat secara umumnya panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu min dalam 27-30 darjah celcius. Hujan turun kebanyakannya pada perubahan monsoon April dan Oktober. Cuaca kekal kering pada bulan-bulan lain dengan sekali-sekala hujan (rujuk wikipedia)
Menteri Besar
Menteri Besar Negeri Sembilanmula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri.
Senarai Menteri Besar yang pernah berkhidmat di Negeri Sembilan ialah:
| Nama | Mulai bertugas | Selesai bertugas |
|---|---|---|
| Tun Abdul Malek bin Yusof | 1948 | 1953 |
| Mohamad Salleh bin Sulaiman | 1950 | 1951 |
| Tun Dr Haji Aziz Majid | April 1952 | 1952 |
| Dato' Shamsuddin bin Naim | 1953 | 1959 |
| Mohamad Shariff bin Abdul Samad | April 1959 | Jun 1959 |
| Dato' Dr. Mohd Said bin Muhammad | 1959 | 1969 |
| Dato' Mansor bin Othman | 1969 | 1978 |
| Dato' Seri Utama Rais Yatim | 1978 | 1982 |
| Tan Sri Isa Abdul Samad | 1982 | 2004 |
| Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan | Mac 2004 | (saat ini) |
Saya mengenali Menteri Besar bukan lama sangat tetapi saya kagum dengan usaha dan kesungguhannya beliau untuk membangunkan Negeri Sembilan dan saya berasa bangga kerana dapat mengenali beliau secara dekat. Disampingberbangga dapat belajar dari kepimpinan beliau selaku Menteri Besar Berjiwa Rakyat dan berharap beliau bersedia untuk meneruskan tanggungjawabnya untuk 10 tahun akan datang......Selamat Maju Jaya...
SEDUTAN AKTIVITI MENTERI BESAR
SEDUTAN AKTIVITI MENTERI BESAR
|
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 2 Mei 1956.
[sunting]Pendidikan
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban. Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1977.
[sunting]Kerjaya awal
Dato Mohamad memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004)
Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Datuk Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNOMalaysia.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||



